LAGU SEKOLAH

 

BERUSAHA BERJAYA

Berusaha, berjaya, tekun dan sabar

Menimba ilmu pengetahuan

Segulung ijazah segunung harapan

Demi hidup masa depan

 

Berusaha, berjaya mencapai cita

Bakti pada nusa dan bangsa

Para pendidik jasanya kami tak lupa

Budi luhur yang mulia

 

Lengkapkan diri ilmu di dada

Kecemerlangan utama

Teguh beriman akhlak mulia

Amalan hidup sejahtera

 

Berusaha berjaya semangat waja

Berani tempuhi rintangan

Sek. Keb. Sungai Udang Berjaya

Kamilah anak wawasan

 

Ciptaan : En. Mohd Ali B. Bachik

|aluan|pentadbiran|guru|bukan guru|sejarah|organisasi|aktiviti|motto|lencana|lagu|upsr|

[home]