KATA ALUAN GURU BESAR
SEK. KEB. SUNGAI UDANG, MELAKA.

 

Alhamdulah, syukur kehadrat Ilahi, hasrat untuk menyediakan laman Web sekolah ini telah tercapai.

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang telah dinaikan taraf ke Gred A pada tahun 1994. Pertambahan murid di sekolah ini adalah terlalu pesat, dengan pertambahan seramai 750 orang pada tahun 1994 dan 951 orang pada tahun 1999.

Pertambahan bilangan murid yang pesat ini menyebabkan berlakunya kekurangan bilik darjah. Untuk mengatasi masalah ini semua bilik khas digunakan sebagai bilik darjah.

Selaras dengan pertambahan bilangan murid, kami warga sekolah Sungai Udang terus berusaha lebih gigih bagi meningkatkan prestasi sekolah. Ini sesuai dengan moto sekolah, "Berusaha Berjaya"

Pelbagai program dan strategi telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi dalam bidang ko-kurikulum terutama dalam bidang sukan. Usaha ini telah membuahkan hasil. Beberapa kejayaan telah pun dicapai sehingga ke peringkat Negeri.

Sekolah ini mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi keceriaan, kebersihan dan keselamatan. Sudut Taman Sumber Sains dapat membantu menceriakan kawasan sekolah. Sudut ini juga digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran di luar bilik darjah melalui kaedah inquire penemuan.

Kini, kami warga SKSU sedang merancang program yang lebih berkesan untuk meningkat prestasi akademik yang lebih cemerlang. Tumpuan yang lebih diberikan kepada Bahasa Inggeris. Semoga dengan usaha gigih kami SKSU lebih gemilang.

Akhirnya saya percaya dengan barisan guru serta staf yang memberi sokongan padu lagi komited dengan tugas yang telah diamanahkan, sekolah ini pasti akan mencapai objektif dan matlamat.


Guru Besar :

Pn. Hjh Rabiah Bt Budin
Sek. Keb. Sungai Udang, Melaka

 

|aluan|pentadbiran|guru|bukan guru|sejarah|organisasi|aktiviti|motto|lencana|lagu|upsr|

[home]