AKTIVITI SEKOLAH

 

OLAHRAGA

 

1997

Pasukan Olahraga sekolah telah menggondol Johan Keseluruhan dalam pungutan pingat dalam MSSNM Kawasan Tanjung.

*Seorang murid Sek Keb Sungai Udang, Hashim Tajul telah mewakili Melaka dalam acara 200 m dalam MSSM Di Kangar, Perlis dan memperoleh Tempat Kedua.

1998

Pasukan Olahraga sekolah telah menjadi Johan Keseluruhan dalam pungutan pingat peringkat Negeri Melaka dan Johan Kawasan Tanjong dalam MSSNM.

*Seorang murid Sek Keb Sg. Udang, Pabian Rahman mewakili Negeri Melaka ke MSSM di Ipoh, Perak dalam acara 100 m dan 200 m.

1999

Pasukan Olahraga sekolah menjadi Johan keseluruhan dalam pungutan pingat dalam MSSNM peringkat Melaka.

* Seorang murid, Ajmal B. Osman mewakili Negeri Melaka dalam acara Lari Berpagar di MSSM di Sabah, Stadium Likas, Kucing

 

SEPAK TAKRAW

 

1998

Pasukan Sepak Takraw Sekolah telah meraih Naib Johan kawasan Tanjung.

1999

Pasukan Sepak Takraw Sekolah telah merangkul Tempat Ketiga Negeri Melaka.

 

BOLA JARING

 

1996

Pasukan Bola Jaring Sekolah telah berjaya menjadi Johan kawasan Tanjung dan Naib Johan peringkat Negeri Melaka.

 

BOLA TAMPAR

1997

Pasukan Bola Tampar Sekolah telah meraih Tempat Ketiga peringkat Negeri Melaka.

 

PERTANDINGAN TAMAN SUMBER SAINS

Anjuran Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik, Melaka.

1997

Berjaya menggondol Saguhati peringkat Negeri Melaka.

1998

Memperoleh Tempat Ketiga peringkat Negeri Melaka.

 

 

PERTANDINGAN NASYID

1998

Kumpulan Nasyid Sekolah telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tanjung.

 

PERTANDINGAN MENGARANG

1999

Seorang murid Sek Keb Sungai Udang, Siti Aisyah Bt Rozalli telah meraih tempat Pertama kawasan Tanjung dalam pertandingan mengarang menggunakan komputer.

 

PERTANDINGAN NYANYIAN

1999

Seorang murid, Umira Nadiah telah berjaya memperoleh Naib Johan Peringkat Negeri Melaka dalam Pertandingan Menyanyi Minggu Patriotik.

 

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

1998

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang telah menjadi tuan rumah bagi pihak Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Negeri Melaka sempena sambutan 50 tahun PBSM Malaysia dalam perayaan Hari Palang Merah & Bulan Sabit Merah Sedunia peringkat Negeri Melaka pada 13 Jun 1998 dirasmikan oleh YAB ketua Negeri Melaka.

|aluan|pentadbiran|guru|bukan guru|sejarah|organisasi|aktiviti|motto|lencana|lagu|upsr|

[home]